Free detainees under ISA

SUARAM carrying out a campaign to help volley for the release of detainees under the ISA, especially those who have been detained for the last 6 years.

Letter Signing Campaign sempena Kempen Bebaskan Tahanan 6 Tahun-ISA.

Pada bulan April 2008, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan melancarkan ”Letter Signing Campaign” bertujuan membebaskan tahanan ISA yang telah ditahan hampir 6 tahun bersama-sama seratus Tahanan ISA lain dari pelbagai bangsa dan ugama yang masih menghuni Kem Kamunting.

Setiap rakyat Malaysia yang menyertai kempen ini di andaikan telah memberikan suara mereka menyokong supaya semua tahanan ISA , segera dibebaskan.

Bagaimana perlaksanaan ”Letter Signing ” ini?

Kempen ” Letter signing” ini adalah unjuran dari kempen pek Islamic Human Rights Commission (IHRC) berpengkalan di London. Kempen ini disusun berdasarkan profail tahanan ISA Mat Sah Bin Mohd Satray yang telah ditahan hampir 6 tahun.

Caranya mudah saja. GMI telah menyediakan dua keping surat , satu di alamatkan kepada Menteri dalam Negeri dan yang lain di alamatkan kepada sebuah pertubuhan Hak Asasi di peringkat antarabangsa, berpengkalan di Switzerland.

Anda perlu ikuti langkah di bawah:

  1. Cetak dua keping surat yang di lampirkan di emel itu. (I got this on e-mail, so I’m including the letters here, for United Nations, and for Datuk Seri Syed Hamid Albar)
  2. Buat salinan.
  3. Cari orang untuk menandatangani surat itu.
  4. Poskan surat tersebut mengikut nama dan alamat yang ada di kedua-dua surat itu,secara berasingan.

Di akhir bulan April, GMI mensasarkan sebanyak 300,000 surat telah diposkan oleh rakyat Malaysia pada dua institusi tersebut sebagai satu mesej utama pada Menteri Dalam Negeri dan Pertubuhan Hak Asasi di Switzerland bahawa penahanan tanpa bicara, samada yang baru ditahan atau yang hampir 6 tahun, semuanya adalah merupakan pencabulan hak asasi manusia yang amat serius dan perlukan perhatian segera.

GMI berharap, semua badan bukan kerajaan dan Parti Politik di Malaysia akan bersedia mengambil peranan memastikan kempen ini dapat disampaikan kepada semua lapisan rakyat di negara ini.

Bebaskan Tahanan ISA, Mansuhkan ISA,Tutup Kem Kamunting.


Yang benar,

Norlaila Othman,
Pusat Sokongan Keluarga (PSK)
GMI

***

I have printed and signed both letters, and I’m going to post them off tomorrow.

Will any of you do the same?

Advertisements


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s