Water supply cut from low-cost flats

This I received in email just minutes ago about a memorandum against SYABAS and the developer of low-cost flats at Flat Petaling Utama, Jalan PJS 1/52, 46000 Petaling Jaya.

Kami, mewakili penduduk seramai 3,000 orang yang berpendapatan rendah di Blok C & D Flat Kos Rendah Petaling Utama, Jln.PJS 1/52, 46000 Petaling Jaya, Selangor, yang bernama dan bertandatangan seperti dilampiran, mengemukakan bantahan sekeras-kerasnya diatas tindakan pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn.Bhd (SYABAS) dan pihak pemaju Peters Brickwork yang telah memotong bekalan air ke semua premis kediaman dan rumah kedai di Blok C & D Flat Kos Rendah Petaling Utama pada 24 Jun 2008.

2. Tindakan pihak SYABAS memotong bekalan air yang melibatkan semua penghuni disini adalah tidak adil dan tidak berperikemanusiaan. Ini adalah disebabkan bukan semua penghuni yang tidak menjelaskan bil tertunggak . Sikap pihak pemaju (Peters Brickwork) tidak menjelaskan hutang tunggakkan kepada SYABAS adalah tanggungjawab pemaju (Peters Brickwork) dan tidak sepatutnya penghuni yang mejelaskan bil bulanan turut teraniaya.

3.. Alasan pemaju (Peters Brickwork) mengatakan penghuni tidak membayar tunggakkan adalah tidak tepat kerana setiap bulan pemaju menerima bayarannya dari penghuni dan pihak pemaju pula tidak menjelaskannya kepada SYABAS, dalam perkara ini wajarkah SYABAS mengambil jalan mudah memotong bekalan air kepada penghuni tanpa menyemak semula penghuni yang telah membayar bil, tiadakah kuasa dan undang-undang yang boleh dikenakan kepada pemaju tanpa menjejaskan pengguna yang membayar bil?

4. Kami, penghuni sebagai pengguna juga tidak mendapat bekalan air bersih, seringkali kami adukan kepada pihak pemaju tentang air berkarat namun tiada tindakan pihak pemaju dan SYABAS menyelesaikan aduan kami, keadaan ini antara punca setengah penghuni enggan menjelaskan bil air yang digunakan.

5. Air merupakan keperluan asas bagi semua hidupan dimuka bumi ini .Bekalan air yang bersih, selamat diminum dan mengcukupi serta pada kadar berpatutan merupakan salah satu hak yang perlu kepada pengguna dan ianya merupakan satu hak yang telah ditetapkan dan terkandung dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia. Dalam soal ini, dimanakah pendirian SYABAS yang mematuhi dan menghormati Deklarasi Hak Asasi Manusia dalam membekalkan air kepada kami ?

6. Pemaju sering mengaitkan sebab penghuni tidak menjelaskan tunggakkan bil ‘maintenance’ maka mengambil jalan mudah memotong bekalan air. Penghuni (bukan semua) tidak menjelaskan bil ‘maintenance’ adalah disebabkan pihak pemaju tidak menguruskan bangunan ini dengan baik dan banyak isu serta masalah masih dihadapi oleh penghuni hingga hari ini seperti lif rosak, tong sampah tidak mencukupi menyebabkan sampah bertaburan di rumah sampah, lampu koridor tidak menyala, pili bomba rosak, butang lif hilang tidak diganti dan paling membahayakan bangunan ini tidak mempunyai wayar bumi. Dalam hal ini, wajarkah kami dipersalahkan tidak membayar bil ‘maintenance’? Yang pastinya pemaju hanya memikirkan keuntungan tanpa mengambilkira tanggungjawab sosialnya.

7. Kami, rakyat berpendapatan rendah, pengundi di Negeri Selangor, tidak mengecapi keistimewaan bil air percuma sebagaimana yang telah ditetapkan dan diheboh-hebohkan oleh Kerajaan Negeri Selangor, SEBALIKNYA HARI INI KAMI DI TINDAS DAN MENJADI MANGSA OLEH PIHAK YANG MEMENTINGKAN KEUNTUNGAN DAN NAFSU SYAITAN TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN TERHADAP AHLI KELUARGA KAMI TERMASUK ANAK-ANAK KECIL YANG TIDAK BERDOSA. SEMOGA MU YA TUHAN KAMI, TUNJUKKANLAH BALASAN MU KEPADA MEREKA YANG MENGANIYAI SESAMA MANUSIA DI MUKA BUMI INI. SEDARKAN DAN BERI KEINSAFAN KEPADA MEREKA SUPAYA BERTINDAK ADIL DALAM MELAKSANAKAN TUGAS DAN TANGGUNGJAWABNYA KEPAPA RAKYAT.

*******

I doubt that this is the first case of its kind. In fact, I have this sinking feeling that there are many more low-cost flats in Malaysia that experience the same issue, but have not voiced their concerns. I know, because I have two aunts who live in low-cost flats. They do not get any water supply from around dinner time, around 6pm, up till the next morning at around 6am. Which means they don’t get water for at least 12 hours a day, and this has been going on for months.

The other complaints written in the memorandum are also appalling. Rusted water is dangerous to health, especially young children. Having more rubbish than the rubbish “house” can hold is also hazardous to health, it can attract all sorts of pests, and along with that comes illnesses. Things like the lights in the corridors that don’t work might seem petty, but these are actually serious issues, because they can lead to the corridors within the premises of the flats to be target areas for snatch theives and other more henious acts. The others are just plain blatant safety issues.

This, to me, is not something that the Selangor State government can do much about. It is mostly up to the developer. But what the state govt can do is apply immense pressure on the developers to take up responsibility over their property and development.

Perhaps other such cases and issues should be brought up by other people living at other places so that the authorities have no choice but to acknowledge the seriousness of the issue. This kind of living condition is unacceptable.

**There will be a press conference at the address stated above at 6pm today. I wonder if it will be covered by the press at all.



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s